Friday, April 27, 2012

DETIK-DETIK KELAHIRAN BABY KEENAM

26 Feb 2012 - Sebelum tidur aku dah mula rasa sakit pinggang. Perut pun rasa memulas-mulas. Aku beritahu encik hubby. Apa lagi...dia bagi jawapan "kita pergi hospital" sedangkan tarikh due utk baby menjenguk dunia 2 Mac 2012 dan kalau ikut ultrasound 28 Feb...uhhh sungguh berdebar-debar utk mengulang saat-saat getir melahirkan baby. Tapi fitrah seorang ibu sudah pasti tak sabar nak tengok baby cepat keluar! Sampai di hospital terus ke labour room utk buat saringan. Doktor kata bukaan baru 2cm jadi aku terpaksa ditempatkan di wad 9 terlebih dahulu. Maka dgn rasminya pada pukul 1.00 pagi aku memakai pakaian seragam wad 9 berwarna hijau. Kebetulan ada patient berbangsa Cina  yg sama-sama masuk ke Bilik Bunga Raya jadi ada le kawan utk berkongsi sakit.


27 Feb 2012 - . Pada waktu pagi, aku didatangi Doktor Siah (Dr.Pakar). Setelah membuat pemeriksaan mcm2 le lecture dia bg kat aku. Katanya mengandung pada usia 40-an ada byk risiko sama ada bayi cacat, down sindrom dll lg yg takut utk didengar. Tambah2 lagi aku ni gdm (ada kencing manis semasa mengandung)...kalau kt sekolah aku memang GDM pun...Guru Data/Maklumat. Ada kemungkinan anak besar. kalau anak besar akan berlaku kecederaan pada bahu atau saraf semasa dilahirkan. Wah...berdebar2 aku mendengarnya tapi aku pasrah kepada Allah. Andai ini ujiannya aku terima. Tapi ayat terakhir doktor tu melegakan aku "Tapi jangan bimbang, kerana pihak hospital sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan kami akan membuat persiapan yang rapi. Diharapkan semua ok..." dalam sakit-sakit  sempat berkenalan dgn Syamsiah yg duduk di bilik tengah...dptlah hilangkan boring. Apa yg mengagumkan aku dia bakal melahirkan anak ke sebelas!!! Aku tabik spring dengannya tapi aku ni tak mampu le spt dia kerana dia suri rumah sepenuh masa. Dan katanya lagi...dia nak 12 anak!!! Super mom.  Semoga impiannya tercapai.


28  Feb 2012- Kontraksi terus berlaku tapi bukaan masih pada tahap 2 cm. Ya Allah, Tuhan sahaja yg tahu betapa 'sengsaranya' duduk di hospital (Sebenarnya bukanlah sengsara sangat). Setiap hari kena buat bsp 4 kali. Sebabnya aku disahkan kencing manis semasa mengandung. Aduiiiyai...jari asyik kena cucuk ambil darah. Bagi org yg penakut mcm aku ni, bab2 ambil darah memang paling aku tak suka. Bertubi-tubi dpt sms drpd kawan2...tanya aku dah bersalin ke belum. Heeee...kawan2 aku memang baik2 belaka. Jawapannya...lom lg! Doktor buat pemeriksaan lagi dan setelah dibantu oleh doktor  jalan dah mula terbuka 3cm. Sakitnya!!!! Aku dpt tahu Syamsiah sudahpun ke labour room tapi aku masih menanti dan terus menanti. Petangnya aku minta izin drpd nurse utk melawat Syamsiah di wad 10 (ala sebelah jer...) Mula2 nurse mcm x bagi. Takut terberanak kot...tapi lepas tu dia bagi sekejaaaap je. Akupun pergi. Dia dh selamat bersalin. Aku tanya mana baby? Dia jwb ada di SCN sbb lemas terbelit tali pusat. Bertambahlah kebimbangan di hati kecil aku ni..uwaaaa!


29 Feb 2012 - Rasa sakit dah semakin kuat. 3 in 10... duh mak, sakitnya!!!ASesungguhnya Allah itu maha pengasih kerana dengan rasa sakit ini maka terhapuslah dosa-dosa aku. Setelah bukaan 4 cm aku dibawa ke dewan bersalin. Terbaring buat kali keenam di DS ni menyebabkan semua sejarah silam terhimpun dlm memori. Kenapalah aku ada kat sini? Seperti yang dijanjikan memang aku dipantau rapi oleh doktor dan jururawat. Pelbagai persediaan telah dibuat. Bab2 cucuk sana-sini jangan cakaplah...Doktor pakar, doktor pelatih, staf nurse, jururawat pelatih semua ada. Masing2 begitu komited dgn tugas masing2. Aku terharu dgn layanan baik mereka...dari pukul 10.00 pagi sampai 2.00 petang, baby tak mau keluar juga. Doktor buat recheck masih pada 4cm. Berpeluh-peluh terbaring masih 4cm. Lamanya nk tunggu 10cm! Doktor  bantu lagi utk membuka jalan. Akhirnya apabila jalan sudah terbuka 7cm saat mendebarkan itu tiba...doktor dan nurse meminta aku meneran maka lahirlah seorang putera yg sangat-sangat aku dan suamiku serta anak-anakku nantikan. Ha inilah dia jeng...jeng...jeng...


                                                                Tarikh: 29 Feb 2012
                                                                Masa:  4.33 ptg
                                                                Berat:  3.4 kg





Banyak yg kata baby ni ikut rupa hubby aku...memangpun anak dia hehehe



                           Alalahai...comelnya baby aku. Terasa muda semula!







Wednesday, December 7, 2011

DOA UNTUK ANAK DALAM KANDUNGAN


     Diam tak diam kandungan aku telah mencecah 28 minggu! Banyak info yang diperoleh melalui pembacaan bahan-bahan daripada blog rakan-rakan dan  Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung. Di sini aku nak 'share' doa yang patut diamalkan oleh ibu-ibu hamil seperti aku. Semoga Allah melindungi diri kita dan bayi yang dikandung.


*****************************************************

Bismillahirahmanirrahim...


Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.


Ya Allah, rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada di dalam perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.


Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.


Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkan lisannya, baguskan suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam, Amin!



Tuesday, December 6, 2011

KEHAMILAN ANAK KEENAM

     Sesungguhnya sesuatu yang tidak diduga dengan anugerah Illahi yang tidak ternilai ini. Pada peringkat awal agak sukar untuk menerima kenyataan bahawa aku disahkan hamil pada usia 40-an. Macam-macam kebimbangan dan keresahan melanda fikiran. Mampukah aku mengulangi semula proses kehamilan yang penuh cabaran? Sihatkah bayi yang kukandung ini? Bagaimana mahu berdepan dengan masyarakat?

     Alhamdulillah, Allah itu maha kaya. Mungkin aku antara insan yang dipilihnya untuk diberi ganjaran pahala. Sokongan rakan-rakan banyak memberi kekuatan dan keyakinan. Antaranya Mama Ruzy, Mama Kay, Cik Hjh Nani dan lain-lain. Paling aku ingat kata-kata Dr. Oya " Juleya, orang lain menangis-nangis berjumpa dengan saya kerana tak dapat anak dan awak patut gembira dikurniakan anak!" Subhanallah! Indahnya anugerah ini...aku redha dengan pemberianmu ya Allah. Semoga aku tabah melalui hari-hari yang mendatang sebagai ibu yang bakal mempunyai enam cahaya mata!



     Ilustrasi janin sewaktu aku disahkan hamil 6 minggu

Monday, October 4, 2010



“UNO keistimewaanmu kini milikku”
Terbaharu di pasaran. Tuala wanita  deodorize yang bakal mendominasi industri tuala wanita di Asia. Pemilik tunggal Bumiputera yang beribu pejabat di Kangar, Perlis.

UnO telah berada  di Batu Pahat . Nikmati aura kehebatannya pada harga yang kompetetif!!!

Pantiliner RM6.00 (22 pads)
Day Use    RM8.00  (20 pads)
Night Use  RM7.00 (10 pads)


Keistimewaannya
  • tampil bergaya dengan haruman jasmine yang berfungsi sebagai nyahbau yang kurang menyenangkan
  • tuala yang nipis (slim) tetapi mampu menyerap dengan berkesan
  • kekal pada posisi mengikut kesesuaian pengguna
  • rasa kering pada permukaan yang dilapisi P E Filem







"Perkataan UNO  diambil dari Bahasa Latin yang bermaksud nombor satu, dan kami sentiasa berada di hadapan. UNO satu-satunya tuala wanita di peringkat global yang ada deodorise ataupun pewangi yang mampu menyerap bau yang tidak selesa. Tuala wanita ini mempunyai spesifikasi  menggunakan pe film yang mampu menyerap dengan pantas dan anti bocor serta boleh dicuci tanpa menggelembung sebelum dibuang . Yakini UNO" 

Jefppri Dasri
Ahli Perniagaan




TESTIMONI
Pn. Junaida - Guru di Kuantan
" Saya telah merasai kehebatan UNO. Saya tidak perlu risau lagi tentang bau yang tidak menyenangkan. UNO memang berbaloi!"



Pn.Aida - Batu Pahat

"Produk keluaran bumiputera yang berinovasi dalam industri tuala wanita dengan haruman menyegarkan. 'Hari-hari yang merimaskan tiada lagi, semestinya UnO'."

Cik Norizan - Batu Pahat
             "Dengan UnO saya tidak perlu risau. Haruman pati jasmine menjadikan Uno begitu selesa!"


En. Ismail dan Pn. Ju - Stokis Batu Pahat

"Nikmati kehebatan UnO pada harga yang anda mampu. Anda yang berminat boleh menghubungi talian 0137466179"


"Kami yakin dengan UNO" (Stokis Perlis)
         “UNO keistimewaanmu kini milikku”

Saturday, October 2, 2010

SEKADAR BERKONGSI CERITA…


            Sudah terlalu lama aku tidak menulis di ruangan ini. Akhir-akhir ini terlalu banyak kerja yang perlu dibereskan sama ada kerja-kerja yang berkaitan dengan dunia pendidikan, perniagaan dan rutin harian sebagai isteri dan ibu. Dalam asyik menguruskan hal tersebut ada sesuatu yang telah aku abaikan iaitu pengurusan terhadap diri sendiri. Kalau dahulu sempat ke salon untuk membuat facial dua bulan sekali, tetapi akhir-akhir ini enam bulan sekalipun susah.

            Hendak dijadikan cerita dan seterusnya memberikan pengajaran kepada diriku sendiri, aku diserang rasa gatal di seluruh muka. Kulit berasa tegang dan panas dan mula berkedut kekeringan. Lebih sebulan aku menderita akan masalah kulit mukaku. Sebelum ini aku pengguna setia produk Arwah Datuk Sosilawati (al-Fatiha) Nouvelles Visages sejak tahun 2000 lagi tetapi akibat tidak mementingkan diri sendiri dan tidak berdisiplin dalam penjagaan dan perawatan wajah menyebabkan aku ditimpa masalah.

           Aku mula menyalahkan cuaca di Cameron Highland yang menyebabkan wajahku jadi begini (kebetulan pada waktu itu aku baru balik dari Cameron Highland). Aku juga hampa apabila pergi ke farmasi dan hanya diberi ubat tahan gatal. Menurut ahli farmasi aku cuma terkena alahan. Namun tidak dinafikan rasa gatal beransur kurang tetapi kulit tetap tegang dan kering. Kedutan kian bertambah. Bukan aku menidakkan faktor usia yang meningkat menyebabkan kulit berkedut tetapi kedutan yang aku alami lebih teruk daripada kedutan di wajah ibu tercinta yang telah berusia 65 tahun.

           Aku telah membuat appointment untuk berjumpa beautician tetapi halangan demi halangan menyebabkan aku kesuntukan masa berbuat demikian. Dalam kesedihan itu aku telah terbaca pamphlet yang diselitkan dalam akhbar metro tentang sabun Aqura dan Encera BB Cream. Tanpa berlengah lagi aku terus menghubungi egen tersebut. Alhamdulillah, setelah menggunakannya selama dua hari, kulitku telah mula menampakkan perubahan. Kulit telah menjadi lembut dan rasa gatal hilang sama sekali setelah penggunaan selama seminggu . Walaupun kulitku tidak secantik pelakon Korea tetapi aku bersyukur kerana dapat mengatasi masalah yang dihadapi. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui khasiat produk Aqura bolehlah layari laman web http://www.encera2u.com/?ref=1.

           Kini ibu, kakakku dan adikku juga telah menjadi pengguna produk Aqura ini. Selain mencantikkan kulit, sabun Aqura juga dapat mengurangkan rasa mengantuk.

Encera BB Cream
Sabun Muka Aqura








My Mom and Sis




Tuesday, November 17, 2009

Thursday, October 29, 2009