Friday, April 27, 2012

DETIK-DETIK KELAHIRAN BABY KEENAM

26 Feb 2012 - Sebelum tidur aku dah mula rasa sakit pinggang. Perut pun rasa memulas-mulas. Aku beritahu encik hubby. Apa lagi...dia bagi jawapan "kita pergi hospital" sedangkan tarikh due utk baby menjenguk dunia 2 Mac 2012 dan kalau ikut ultrasound 28 Feb...uhhh sungguh berdebar-debar utk mengulang saat-saat getir melahirkan baby. Tapi fitrah seorang ibu sudah pasti tak sabar nak tengok baby cepat keluar! Sampai di hospital terus ke labour room utk buat saringan. Doktor kata bukaan baru 2cm jadi aku terpaksa ditempatkan di wad 9 terlebih dahulu. Maka dgn rasminya pada pukul 1.00 pagi aku memakai pakaian seragam wad 9 berwarna hijau. Kebetulan ada patient berbangsa Cina  yg sama-sama masuk ke Bilik Bunga Raya jadi ada le kawan utk berkongsi sakit.


27 Feb 2012 - . Pada waktu pagi, aku didatangi Doktor Siah (Dr.Pakar). Setelah membuat pemeriksaan mcm2 le lecture dia bg kat aku. Katanya mengandung pada usia 40-an ada byk risiko sama ada bayi cacat, down sindrom dll lg yg takut utk didengar. Tambah2 lagi aku ni gdm (ada kencing manis semasa mengandung)...kalau kt sekolah aku memang GDM pun...Guru Data/Maklumat. Ada kemungkinan anak besar. kalau anak besar akan berlaku kecederaan pada bahu atau saraf semasa dilahirkan. Wah...berdebar2 aku mendengarnya tapi aku pasrah kepada Allah. Andai ini ujiannya aku terima. Tapi ayat terakhir doktor tu melegakan aku "Tapi jangan bimbang, kerana pihak hospital sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan kami akan membuat persiapan yang rapi. Diharapkan semua ok..." dalam sakit-sakit  sempat berkenalan dgn Syamsiah yg duduk di bilik tengah...dptlah hilangkan boring. Apa yg mengagumkan aku dia bakal melahirkan anak ke sebelas!!! Aku tabik spring dengannya tapi aku ni tak mampu le spt dia kerana dia suri rumah sepenuh masa. Dan katanya lagi...dia nak 12 anak!!! Super mom.  Semoga impiannya tercapai.


28  Feb 2012- Kontraksi terus berlaku tapi bukaan masih pada tahap 2 cm. Ya Allah, Tuhan sahaja yg tahu betapa 'sengsaranya' duduk di hospital (Sebenarnya bukanlah sengsara sangat). Setiap hari kena buat bsp 4 kali. Sebabnya aku disahkan kencing manis semasa mengandung. Aduiiiyai...jari asyik kena cucuk ambil darah. Bagi org yg penakut mcm aku ni, bab2 ambil darah memang paling aku tak suka. Bertubi-tubi dpt sms drpd kawan2...tanya aku dah bersalin ke belum. Heeee...kawan2 aku memang baik2 belaka. Jawapannya...lom lg! Doktor buat pemeriksaan lagi dan setelah dibantu oleh doktor  jalan dah mula terbuka 3cm. Sakitnya!!!! Aku dpt tahu Syamsiah sudahpun ke labour room tapi aku masih menanti dan terus menanti. Petangnya aku minta izin drpd nurse utk melawat Syamsiah di wad 10 (ala sebelah jer...) Mula2 nurse mcm x bagi. Takut terberanak kot...tapi lepas tu dia bagi sekejaaaap je. Akupun pergi. Dia dh selamat bersalin. Aku tanya mana baby? Dia jwb ada di SCN sbb lemas terbelit tali pusat. Bertambahlah kebimbangan di hati kecil aku ni..uwaaaa!


29 Feb 2012 - Rasa sakit dah semakin kuat. 3 in 10... duh mak, sakitnya!!!ASesungguhnya Allah itu maha pengasih kerana dengan rasa sakit ini maka terhapuslah dosa-dosa aku. Setelah bukaan 4 cm aku dibawa ke dewan bersalin. Terbaring buat kali keenam di DS ni menyebabkan semua sejarah silam terhimpun dlm memori. Kenapalah aku ada kat sini? Seperti yang dijanjikan memang aku dipantau rapi oleh doktor dan jururawat. Pelbagai persediaan telah dibuat. Bab2 cucuk sana-sini jangan cakaplah...Doktor pakar, doktor pelatih, staf nurse, jururawat pelatih semua ada. Masing2 begitu komited dgn tugas masing2. Aku terharu dgn layanan baik mereka...dari pukul 10.00 pagi sampai 2.00 petang, baby tak mau keluar juga. Doktor buat recheck masih pada 4cm. Berpeluh-peluh terbaring masih 4cm. Lamanya nk tunggu 10cm! Doktor  bantu lagi utk membuka jalan. Akhirnya apabila jalan sudah terbuka 7cm saat mendebarkan itu tiba...doktor dan nurse meminta aku meneran maka lahirlah seorang putera yg sangat-sangat aku dan suamiku serta anak-anakku nantikan. Ha inilah dia jeng...jeng...jeng...


                                                                Tarikh: 29 Feb 2012
                                                                Masa:  4.33 ptg
                                                                Berat:  3.4 kg





Banyak yg kata baby ni ikut rupa hubby aku...memangpun anak dia hehehe



                           Alalahai...comelnya baby aku. Terasa muda semula!