Wednesday, December 7, 2011

DOA UNTUK ANAK DALAM KANDUNGAN


     Diam tak diam kandungan aku telah mencecah 28 minggu! Banyak info yang diperoleh melalui pembacaan bahan-bahan daripada blog rakan-rakan dan  Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung. Di sini aku nak 'share' doa yang patut diamalkan oleh ibu-ibu hamil seperti aku. Semoga Allah melindungi diri kita dan bayi yang dikandung.


*****************************************************

Bismillahirahmanirrahim...


Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.


Ya Allah, rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada di dalam perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.


Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.


Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkan lisannya, baguskan suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam, Amin!



Tuesday, December 6, 2011

KEHAMILAN ANAK KEENAM

     Sesungguhnya sesuatu yang tidak diduga dengan anugerah Illahi yang tidak ternilai ini. Pada peringkat awal agak sukar untuk menerima kenyataan bahawa aku disahkan hamil pada usia 40-an. Macam-macam kebimbangan dan keresahan melanda fikiran. Mampukah aku mengulangi semula proses kehamilan yang penuh cabaran? Sihatkah bayi yang kukandung ini? Bagaimana mahu berdepan dengan masyarakat?

     Alhamdulillah, Allah itu maha kaya. Mungkin aku antara insan yang dipilihnya untuk diberi ganjaran pahala. Sokongan rakan-rakan banyak memberi kekuatan dan keyakinan. Antaranya Mama Ruzy, Mama Kay, Cik Hjh Nani dan lain-lain. Paling aku ingat kata-kata Dr. Oya " Juleya, orang lain menangis-nangis berjumpa dengan saya kerana tak dapat anak dan awak patut gembira dikurniakan anak!" Subhanallah! Indahnya anugerah ini...aku redha dengan pemberianmu ya Allah. Semoga aku tabah melalui hari-hari yang mendatang sebagai ibu yang bakal mempunyai enam cahaya mata!



     Ilustrasi janin sewaktu aku disahkan hamil 6 minggu