Thursday, October 29, 2009
Friday, October 9, 2009
Mari Main Masak-masak
Salam buat teman-teman yang bergelar 'Datin' tetapi bukan mendapat 'title' kerana bersuamikan Datuk.
Blog ini ditulis hanya untuk suka-suka bagi berkongsi cerita dengan rakan-rakan. Sudah lama tidak pernah menulis di mana-mana ruangan semenjak meninggalkan bangku sekolah menengah. Hari ini tergerak hati untuk mencoretkan'Main Masak-masak' dalam ruangan ini.
Sempena Aidil Fitri baru-baru ini, kami berhajat untuk menjamu rakan-rakan yang bukan Islam untuk menikmati 'Juadah Raya'. Dek kekangan waktu dan pelbagai komitmen kami tidak dapat mengadakan rumah terbuka. Maka saya dan rakan-rakan telah berpakat mengadakan 'Rumah Terbuka' di bilik Guru. Di sinilah kami memulakan 'Main Masak-masak'. Setiap rakan dikehendaki menyediakan menu yang kalau disatukan lengkap menjadi 'juadah raya'. Kak Salmiah dengan rendang dagingnya, Ayu masak rendang ayam, Aizah pula rendang ayam ala Kedahnya. Mariati sambal kacang, Kak Ruziyah buat serunding. Memang sedap! Terliur apabila menyebutnya. Ketupat pula dari air tangan Rohayu dan beberapa rakan manakala sayur lodeh Kak Non tentunya. Saya? Mestilah ada hmmm...ayam masak merah! Tidak dinafikan juga peranan penting Cik Rus (Rusnani Merhan ) menyediakan minuman untuk kami. Terbatuk-batuk kami meminumnya kerana rasanya yang 'original'. kami undang semua rakan di sekolah untuk makan bersama-sama. Berpeluh-peluh Mr. Soh makan!
Namun begitu bukannya syok makan yang ingin ditekankan tetapi melalui 'rumah terbuka' kami ini telah menerbitkan satu nilai murni yang selama ini kian dilupakan iaitu konsep berkongsi dan bersepakat seperti Kongsi makan (walaupun seadanya), kongsi rasa dan kongsi rahsia (resepi sesiapa yang sedap). Perkara yang lebih menarik lagi kami mula mengumpul resepi nenek moyang dan 'belajar' memasak melalui 'main masak-masak'. Minat ini turut dikongsi bersama dengan rakan-rakan berbangsa Cina. Siapa lagi kalau bukan Gan dan Tan. Kawan-kawan lain turut enjoy. Secara tidak langsung hubungan bertambah erat dan dalam masa tidak sampai seminggu kami 'main masak-masak' lagi. Walau bagaimanapun kami ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menganjurkan rumah terbuka iaitu Ustaz Zul, Mazidah, dan Liyana. Tidak lama lagi 'marhaban' di Villa Johari, kalau tidak silap 16.10.2009. Bos pun nak buat juge?Jom serbu.

Subscribe to:
Posts (Atom)